“Tak guna! Siapa yang menguncinya?” Shinji menolak-nolak pintu pada dinding itu, yang membuka bilik unjuran perpustakaan. Mereka menyelinap masuk perpustakaan di tengah malam. Selepas memastikan Tsuneki benar-benar tidur, mereka berdua keluar.
“Mungkin
mereka tidak lagi mahu kita keluar tanpa kebenaran lagi.”
“Ia
seperti ditahan objek berat dari dalam. Atau dihalang oleh selak. Ryouji, aku
akan cuba kaedah alternatif. Ayuh ikut aku.”
“Ke
mana?”
“Tama-no-iwa
Shirasaka.” Shinji berbisik.
“Engkau
tahukah di mana?”
“Menurut
Takasaki-san, tama-no-iwa berada di pusat satu-satu lembah. Aku
akan cuba cari di sana. Pasti di tengah-tengah Shirasaka-no-kogen.”
Ya,
aku baru teringat. Kotobuki juga ada memberitahuku sewaktu kami di lembah
Okuhida. Lembah Okuhida menjangkau seribu langkah ke semua arah dari tama-no-iwa
kami.
Malam
itu, Ryouji dan Shinji menyelinap menaiki tangga merentas bukit menuju ke atas.
Malam itu cerah diterangi bulan mengambang. Di kiri dan kanan laluan mereka
diterangi pelita dari minyak ikan paus. Laluan ini ialah denai merentas kawasan
padi huma.
“Ada
petunjukkah?”
“Aku
tidak tahu. Aku sedang cuba mengesan.” Shinji berharap dia dapat mengesan
keunguan, atau cahaya hijau dari bulan. Dia mendongak ke atas sekali-sekala,
cuba menangkap jika cahaya bulan berubah hijau ketika dia melangkah ke
satu-satu kawasan baru. Ryouji perasan perlakuan Shinji yang kerap mendongak,
namun dia menangguhkan soalannya dahulu, bimbang mengganggu pengamatan Shinji
yang rabun itu.
Kawasan
tama-no-iwa ditanam semestinya berada di tengah-tengah lembah ini, agar
sempadan kuasanya meliputi keseluruhan kawasan ini. Oh, aku sudah dapat
mengesannya. Cahaya bulan itu sudah mula bertukar hijau.
Shinji
dan Ryouji mendaki satu tangga yang tinggi merentas hutan kecil pohon sugi
pada sebuah bukit kecil. Di atas bukit itu ialah dataran luas yang dipagari
tembok-tembok batu, dan ditumbuhi bungaan liar dan rumput lalang ogi (Amur
silvergrass). Ada kuil Shinto kecil didirikan di situ, luas kawasannya
separuh dari luas kawasan rumah perlindungan mereka. Shinji terus berjalan
diekori Ryouji sehingga sampai di pusat lembah itu, di tengah-tengah padang
rumput dan bungaan liar dan lalang ogi. Terdapat tiang batu berwarna
putih, namun di mata Shinji ia memantulkan cahaya hijau dari bulan.
“Ryouji,
aku fikir inilah tama-no-iwa utama Shirasaka.”
Ryouji
teruja melihat tiang batu tersebut. Ia lebih besar berbanding tiang batu di
lembah Okuhida. Ada kesan potongan merata-rata membentuk lekuk-lekuk pada
permukaan tiang batu itu, berpadanan dengan dua ratus rumah perlindungan Kogen
yang ditanam serpihan-serpihannya.
“Melihatkan
rupanya, aku fikir engkau benar Shinji. Ia mirip tama-no-iwa kami, cuma
lebih besar.”
Jauh
di bawah bukit itu dapat dilihat cahaya pelita dari Shirasaka-no-Kogen dan
Kogen-no-shita menyinar berbalam-balam seperti bintang-bintang kuning.
“Jadi
apa perancanganmu Shinji?”
“Ketika
pulang dari Kawamoto aku sempat singgah di lembah Amaguri moyangku dan
mengambil nota ini. Ia telah aku siat dari sebuah buku.” Shinji menyuguh nota
tersebut kepada Ryouji.
Ryouji
cuba membacanya.
“Tulisan
apakah ini Shinji?”
Shinji
tersenyum. “Hanya aku yang boleh membacanya. Ke mari nota itu.”
“Salur
merentas ruang untuk ke lembah Amaguri boleh dicipta oleh keturunanku, dengan
mereka menyusun tama-no-iwa dalam bentuk bulatan dan memastikan batu-batu itu
memantulkan cahaya matahari Emishi ke arah Hidagawa.”
“Matahari
Emishi?” Shinji terpinga-pinga.
“Apakah
ada dua matahari?” Ryouji bertanya langsung, meskipun dia sedar aneh benar
soalannya.
“Mungkin
matahari biru. Hanya aku yang boleh melihatnya. Sebentar. Kita menggelarkan
negara kita Ni-hon (tempat matahari terbit) bukan? Emishi ialah bangsa
lain yang pernah menduduki negara ini, saki-baki mereka masih di hutan utara.
Mungkin matahari biru itu matahari bangsa Emishi dan matahari biasa itu
matahari bangsa Yamato, bangsa kita yang membina kerajaan di bawah Maharaja
sekarang.”
“Matahari
biru?”
“Oh,
engkau masih belum tahu. Ryouji, disebabkan keturunanku bersusur-galur dari
Amaguri maka aku dapat melihat dua matahari jika berada berdekatan batu tama-no-iwa.
Satu biru, dan satu lagi yang biasa.”
Ryouji
terpinga-pinga. “Maka engkau mengesan lokasi ini menggunakan kebolehan itu? Aku
lihat engkau sekali-sekala melihat bulan.”
“Benar
katamu. Cahaya dari bulan itu hijau di mataku sekarang, kerana ia memantulkan
cahaya dari dua matahari.”
“Dari
mana engkau tahu semua ini?”
“Dari
pengintip Kogen yang membawaku keluar ke lembah Amaguri, namanya Tatsuhiro.
Waktu itu engkau ke Suruga bersama Ayame.”
Tatsuhiro...aku
pernah mendengar nama itu. Ya, Tsuneki ada memberitahuku Tatsuhiro
membincangkan sesuatu dengan Shinji sebelum Shinji keluar ke Kawamoto.
“Shinji,
apa yang Tatsuhiro bincangkan denganmu di lembah Amaguri?”
“Segalanya
yang telah aku beritahumu. Berkenaan asal-usulku. Pusara ibuku juga di situ.”
“Naruhodo.”
Ryouji menggumam kecil. “Apakah Tatsuhiro juga pengintip Kogen?”
“Benar.
Dia pengakap di sekitar sini. Badannya kecil seperti Tsuneki namun umurnya dua
puluh empat tahun.”
“Di
mana aku dapat bertemunya?”
“Aku
pun kurang pasti bagaimana. Dia akan bertemu kami dari masa ke semasa. Namun
pesannya padaku, jika aku ingin menemuinya, tunggu di rumah perlindungan
sebelah rumah kita itu. Tentang bila dia akan tiba di sana, jangan tanya aku.
Aku tidak tahu.”
Shinji
meletakkan buntil kain berisi batu-batu tama-no-iwa yang digalas
sepanjang perjalanan.
“Ryouji,
aku akan menyusun batu-batu ini...” Shinji mengeluarkan batu-batu tama-no-iwa
dari buntil kain. Dia menyusun mengikut nota itu, sambil diperhatikan Ryouji.
Shinji mengeluarkan kompas dan peta bagi mengagak lokasi Hidagawa.
Perlahan-lahan
permukaan tanah yang dikelilingi bulatan batu-batu tama-no-iwa itu
mengeluarkan gambaran pondok di bawah pohon gergasi di lembah Amaguri. Shinji
mencelupkan hujung kakinya ke dalam gambaran itu.
Ryouji
teruja. Kaki Shinji tenggelam ke dalam bulatan gambaran itu.
“Engkau
nampak, Ryouji? Cubaanku berhasil!” Shinji tersenyum lebar. Dia sungguh teruja
nampaknya, sambil ketawa kecil. “Kita akan masuk ke dalam bulatan ini dan tiba
di lembah Amaguri di Hidagawa.”
“Apakah
ini?”
“Ia
laluan merentas ruang hasil sihir Amaguri. Aku pun kurang pasti bagaimana ia
boleh berlaku, namun aku tahu bagaimana menghasilkannya berdasarkan nota itu.”
“Sebentar.
Bagaimana kita akan kembali ke sini semula?”
“Itu
engkau usah risau. Aku ada perancangan lain di sana nanti.”
Ryouji
menurut. Shinji masuk dahulu dan tiba di hadapan pintu masuk pondok di bawah
akar pokok gergasi, dituruti Ryouji. Suasana malam di lembah itu, meski jauh
dari Shirasaka, turut diterangi cahaya bulan mengambang.
“Ryouji,
ikut aku ke dalam, aku mahu tunjukkan sesuatu.”
Shinji
masuk ke dalam pondok dahulu. Ryouji menurut dalam kebingungan.
Tempat
ini seperti lembah Okuhida, padang rumput dan bunga liar dikelilingi hutan
pergunungan. Namun aku tidak mendengar sebarang bunyi serangga dan haiwan
hutanpun. Ia sungguh sunyi. Hanya sekali sekala aku mendengar bunyi daun-daun
berdesir ditiup angin malam.
“Apakah
tempat ini?”
“Aku
dibawa ke sini oleh pengakap Kogen Tatsuhiro itu atas arahan Kotobuki. Dia
menunjukkan buku-buku ini. Ia hasil tulisan moyangku Amaguri.”
Ryouji
mencapai sebuah dan cuba membacanya. Seperti sebelumnya, dia tidak dapat
membaca tulisan-tulisan kuno pada buku itu.
“Sepertimana
kertas yang engkau cuba baca itu, hanya aku yang boleh membacanya Ryouji. Ke
mari buku itu.”
Shinji
menyelak laman buku itu dan memilih satu bab bertajuk ‘Ramalan’. Dia memilih
satu muka surat secara rawak. Dia tertarik dengan ayat-ayat yang dibentuk
rangkapnya seperti puisi, tampak ritma pada susunannya. Ia disusun pada akhir
bab itu. Dia menterjemahkannya ke dalam bahasa Jepun pada zaman mereka, Ryouji
mendengar penuh tumpuan.
“Tahun sembilan zaman gemerlap
terputus
segala pewaris kuasa
hanya sunti
berdarah gahara
dendam
Emishi meruah
menggegar
takhta Yamato
dibayangi
sunti menyusur pawana
sunti tiada
tandingan bertarung
dia gerhana
gemerlap takhta
pulaukan,
sisihkan
agar aman
sarwa pertiwi
pulau asing
tersedia di utara
tempat sunti
berkelana, terpenjara
tegahlah
jiwa nan menghampiri
nescaya
selamat nyawa dan pertiwi.”
“Ryouji,
engkau faham puisi ini?”
“Aku
tidak faham bahasa berbunga-bunga. Namun apa yang boleh aku simpulkan secara
kasarnya, Amaguri mengatakan akan muncul ancaman kepada Maharaja sekarang. Ia
seorang petarung wanita, seorang dara yang tidak akan terkalahkan.”
“Tahun
sembilan zaman gemerlap? Aku fikir dia merujuk zaman ini, ia mirip nama era
Maharaja kita sekarang, Mei-ji (Era Pemerintahan Gemerlap). Kita berada
di tahun keempat era Meiji. Bererti petarung itu...”
“Akan
muncul dalam masa lima tahun dari sekarang.” Ryouji menyambung.
“Tatsuhiro
ada memberitahuku hanya ada tiga puak yang masih memegang kuasa tama-no-iwa
utama selain Amaguri, iaitu puakmu, Shirasaka dan puak samurai misteri
Higashihara. Tentang Hamada, aku tidak pasti sama ada dia dari keturunan
Higashihara. Jika pun benar, anak Hamada hanyalah Hagiura, dan Hagiura masih
belum berkahwin. Jika punya anak perempuan pada tahun ini sekalipun, mana
mungkin dia akan menjadi petarung itu pada usia lima tahun.”
“Ryouji,
aku fikir petarung yang mengancam Maharaja itu lahir dari kalangan kalian,
Shirasaka atau Higashihara. Engkau fikir?”
Ryouji
cuba meneka, “Sama ada Ayame, atau dara dari Higashihara atau...”
Ryouji
memandang ke lantai, matanya menjegil.
“Shinji,
ramalan itu tidak semestinya tepat bukan? Ia pasti berlaku kesilapan.”
“Aku
pun fikir begitu. Mungkin dari kalangan Higashihara. Namun tiada siapapun dapat
mengesan puak itu setahu aku, selepas mereka mematikan lembah mereka di
pergunungan Yokuma.” Shinji menjelaskan. “Higashihara barangkali telah
dikecualikan disebabkan itu. Maka hanya tinggal puakmu dan Shirasaka.”
Tidak
mungkin. Namun kata-kata Kotobuki di kuil Furukawa sewaktu Hisamiko demam
dahulu juga menyatakan ramalan yang hampir sama. Hisamiko akan menjadi pemedang
handal yang tidak akan dapat dikalahkan peluru tanegashima sekalipun.
Apakah kedua-dua mereka, Hisamiko dan Ayame akan menjadi petarung itu? Atau
salah seorang dari mereka sahaja?
“Ryouji,
aku fikir baik kita geledah dahulu buku-buku di sini. Mungkin ada penjelasan
lanjut.”
“Aku
tidak boleh membacanya Shinji.”
“Oh ya
betul juga. Aku akan lakukan sendiri.”
“Namun
mengapa aku lihat tiada seekor binatangpun di sini?”
“Ia
dilindungi sihir Amaguri. Ia terhubung ke sebuah unjuran di perpustakaan.”
“Tsuneki
ada membawaku melalui terowong itu untuk ke sini, namun kami tidak berjaya.”
“Kerana
aku telah menyekat pintu keluarnya pada hari aku ke Kawamoto dari sini.
Disebabkan itu haluan kalian berubah ke padang lereng berumput itu.”
Ryouji
mengambil masa menghadam kenyataan demi kenyataan dari Shinji.
“Di
manakah pintu terowong dari sini ke unjuran perpustakaan?”
“Ia
bukan pintu fizikal. Ia hasil kuasa tama-no-iwa, sepertimana bukaan dari
Kogen ke sini yang aku bina tadi. Nanti aku tunjukkan.” Shinji masih menyelak
laman buku sama bagi mencari huraian berkenaan ramalan Amaguri itu.
“Aku
dah jumpa. Tunggu aku terjemahkan.”
Ryouji
mendengar terjemahan Shinji penuh teliti. Ia satu halaman yang ditulis dari
muka belakang buku itu, dan terbalik, dan ia seperti contengan. Ia berbunyi
begini:
“Aku
mencipta batu ini demi membela bangsaku Emishi dari kemaraan orang-orang
Yamato. Akan lahir dari keturunanku atau dari kalangan bangsa Yamato sendiri,
seorang petarung yang akan memenggal kepala raja Yamato itu dan
mengucarkacirkan tenteranya. Emishi akan kembali berkuasa di sini. Yamato pasti
akan berkubur. Matahari biru akan menggerhanai matahari kuning.”
Aku
betul! Matahari biru itu ialah simbolik kepada Emishi, getus Shinji.
“Petarung
itu adalah Kaisenjyo. Dia muncul ketikamana tiada seorangpun lagi pewaris kuasa
batu ini tinggal kecuali dirinya. Jika raja Yamato tidak menghalaunya jauh dari
kepulauan ini, dia akan dipenggal Kaisenjyo, dan seluruh pulau ini akan
dinaunginya, Emishi akan diangkat kembali. Matahari biru akan kembali menyinari
segenap pelusuk pulau ini.”
Shinji
berhenti sejenak menarik nafas dan menyelak halaman seterusnya yang turut
diconteng;
“Raja
Yamato mesti menghalau Kaisenjyo dari kepulauan ini atau membunuhnya, atau
kerajaannya akan dihapuskan Kaisenjyo sekelip mata.”
“Sebentar,
Ryouji. Itu semua berkenaan Kaisenjyo. Ada lagi satu berkenaan sumpah hayabusa.”
“Kunci
bagi menghapuskan sumpahan hayabusa terletak di tangan keturunanku. Dia perlu
pergi ke tama-no-iwa Amaguri dan pinta kepada hayabusa-no-kami. Namun semua
kuasa berkaitan batu ini akan turut terhapus.”
“Bererti
jika engkau pergi meminta di tama-no-iwa, semua kuasa perlindungan batu
itu akan dihapuskan? Termasuk kuasa Hamada?”
Shinji
mengangguk. “Aku tidak sampai hati memikirkan mereka yang sedang berlindung di
rumah-rumah Kogen, meskipun aku amat marah dengan Hamada. Ryouji, aku juga
tidak boleh mati, jika tidak kuasa itu akan turut lesap, kerana aku pewaris
terakhir Amaguri. Namun kuasa Hamada tidak akan lesap jika aku mati. Aku pun
tidak tahu mengapa. Hanya satu-satu cara yang tinggal bagi melenyapkan kuasa
Hamada ialah dengan meminta di tama-no-iwa Amaguri.”
Berat.
Sungguh berat. Shinji memilih antara dendam peribadinya dan perlindungan
anak-anak Kogen. Aku juga memilih antara sumpah hayabusa dan
perlindungan ke atas anak-anak Kogen. Boleh sahaja kami membatalkan kuasa
tersebut, dan kami dapat menangkap Hamada dan aku dapat hidup sehingga ke hari
tua. Namun kami tidak sampai hati.
**
“Ryouji,
sekarang aku ingin tunjukkan sesuatu. Harap ini menjawab soalanmu tadi.”
Shinji
membawa Ryouji ke bulatan tama-no-iwa.
Rupanya
memang ia telah dirosakkan oleh pegawai Kogen yang membawanya pulang. Shinji
geram. Tak guna Oonishi-san!
Shinji
mengeluarkan beberapa ketul batu itu dari buntil kainnya dan menyusun kembali
agar kumpulan batu itu memantulkan cahaya hijau dari bulan ke muka terowong.
Ryouji hanya melihat.
Shinji
membuka pintu terowong, kemudian mencecahkan sebelah kakinya sehingga ke paras
lutut ke dalam lubang terowong yang baru dibentuk dari sihir Amaguri itu.
Shinji menghembus nafas lega. Cubaannya berhasil.
“Ryouji,
melalui terowong ini, kita akan ke unjuran di perpustakaan itu. Aku ingin benar
mengetahui siapa yang mengunci pintunya.”
“Ayuh.”
Mereka
turun ke dalam lubang terowong dan menutup kembali pintunya. Shinji
mengeluarkan kembali tama-no-iwa bagi menerangi terowong gelap itu.
Ryouji mengikut di belakang, masih cuba menghadam perkara-perkara aneh yang
baru dialami dan maklumat baru yang diterimanya. Shinji mencipta terowong
begini dua kali, pada malam ini sahaja. Aku didedahkan dengan ramalan-ramalan
seorang ahli sihir berkenaan Kaisenjyo. Shinji berketurunan ahli sihir itu.
Semua
kuasa yang kami manfaatkan demi perlindungan rumah-rumah Kogen bergantung
kepada keputusan Shinji. Sebentar, mengapa Tatsuhiro, pengakap Kogen
mendedahkan Shinji semua ini? Bukankah selepas Shinji tahu berkenaannya dia
bergegas ke Kawamoto? Siapa Tatsuhiro sebenarnya, dan apakah motifnya? Jika
Tatsuhiro berkhidmat kepada Kotobuki, sudah pasti semua ini kerja Kotobuki
bukan?
Jika
Kotobuki yang mendedahkannya kepada Shinji, maka untuk apa? Apa manfaat yang
akan dia perolehi? Bukankah itu berbahaya kepada Kogen, kerana Shinji berdendam
dengan Hamada? Aku tidak faham.
Mereka
sampai di pintu hujung di unjuran perpustakaan. Shinji mendapati lubang pintu
itu terbuka. Dia memanjat naik tangga dan mendongak ke atas. Dia nampak
seseorang sedang tidur. Tubuhnya pendek. Orang itu mengubah posisi tidurnya,
dan wajahnya kini mengadap Shinji yang kepalanya terjulur keluar dari muka
terowong, dalam kelam cahaya pelita menerangi bilik unjuran perpustakaan itu.
Tatsuhiro!
Grrr...aku sudah agak!
“Mengapa
Shinji?”
“Kita
sudah sampai. Ayuh.” Shinji memanjat tangga keluar dari terowong itu, dituruti
Ryouji.
Tatsuhiro
terjaga.
“Shinji!
Apa kau buat di sini lagi? Mujur engkau masih hidup.”
Shinji
memandang ke arah pintu keluar bilik unjuran itu yang diselak dengan selak kayu
yang baru dipasang.
“Tatsuhiro,
arigatou menghantar pasukan Kogen menyelamatkanku. Dan perkenalkan
rakanku Ryouji.”
Tatsuhiro
terpinga-pinga.
“Bagaimana
engkau boleh sampai ke terowong ini Shinji?”
“Rahsia
puakku. Dan mengapa engkau menyelak pintu itu?”
“Arahan
Kotobuki. Engkau buat apa lagi di luar?”
“Aku
mengambil sesuatu di pondok itu.”
“Shinji,
aku harap engkau tidak melakukannya.” Aku tahu Kotobuki gila. Namun aku harap
engkau tidak gila seperti Kotobuki, Shinji. Aku menurut arahan Kotobuki kerana
aku bimbangkan pekerjaanku di sini, dan aku mempercayainya lebih dari Ayame.
Namun aku masih bimbang kalau-kalau engkau menurut dendammu itu.
“Engkau
risaukan aku memutus begitu Tatsuhiro, maka engkau memasang selak itu?”
Tatsuhiro
hanya mengangguk. “Kotobuki membenarkan aku memasangnya.”
“Aku
bukan orang begitu, Tatsuhiro. Buat apa aku memangsakan anak-anak Kogen
sedangkan musuhku Hamada? Dia pasti akan ditumpaskan, lambat atau cepat.
Rakanku ini akan membantuku.”
“Shinji...”
Tatsuhiro memegang bahu Shinji, kemudian memandangnya tepat. “Arigatou.”
Shinji
membalas, “Doumo.” Kemudian dia pantas memaling muka, tidak mahu
memanjangkan bicara, melangkah menuju ke pintu. Dia membuka selak dan keluar
segera.
Ryouji
memandang Tatsuhiro dan menundukkan sedikit kepalanya, kemudian menyorot Shinji
beredar. Orangnya rendah, getus Ryouji. Sama tinggi dengan Tsuneki.
Tatsuhiro
menghembus nafas lega. Mungkin aku sudah boleh perlahan-lahan mempercayai
Shinji.
**
“Siapakah
Tatsuhiro sebenarnya, selain pengakap Kogen?” Ryouji bertanya sebaik mereka
tiba di tingkat teratas perpustakaan.
“Dia
pengintip Kogen yang melaksanakan arahan Kotobuki.”
“Naruhodo.”
Bererti Kotobukilah yang mengarahkannya memberitahu Shinji sejarahnya. Apa
motifmu Kotobuki-san?
Shinji
menyambung, “Dari pemerhatianku, peranannya pelbagai. Adakala mengakap di luar
gunung ini, adakalanya melakukan tugas-tugas khas yang diarahkan Kotobuki.”
“Siapa
lagi yang tahu berkenaan Tatsuhiro, selain kita?”
“Tsuneki,
dan Hotaru.”
“Hanya
mereka?”
“Aku
tidak tahu siapa lagi selain mereka. Tentang Tsuneki, aku tidak pasti mengapa
Kotobuki mengarahkan Tatsuhiro bertemunya. Apa yang boleh aku jangkakan,
Kotobuki sedang merancang sesuatu, menggunakan kita. Aku tidak pasti apa
perancangannya.”
“Aku
fikir begitu juga.” Ryouji meluahkan apa yang terbuku dalam fikirannya.
“Namun
aku tidak kisahpun jika benar Kotobuki menolak kita semua dalam permainannya.
Setakat ini disebabkan perancangannya, aku mendapat tahu berkenaan lembah
Amaguri itu. Bahkan, aku boleh tawar menawar dengan mereka. Kerana segala kuasa
tama-no-iwa berada dalam kawalanku.”
“Shinji...apa
maksudmu?” Ryouji menyoal, dibayangi kebimbangan akan kata-kata Shinji.
“Aku
bergurau sahajalah Ryouji.” Shinji ketawa kecil.
“Aku
bukanlah seperti apa yang kau fikirkan. Aku tidak akan menganiaya anak-anak di
rumah perlindungan Kogen. Asalkan engkau mengotakan janjimu membuat perhitungan
dengan Hamada.”
“Aku
pasti akan melakukannya. Aku akan mencari jalan bagaimana mengeluarkan Hamada
tanpa mengorbankan keselamatan anak-anak Kogen.”
“Sasuga
Ryouji da ne.”
**
Mereka
berdua kembali ke bilik. Ryouji terperasan sesuatu.
“Shinji,
mana Tsuneki?”
Shinji
menjenguk ke atas katilnya. Kosong. Hanya kelihatan gebar futon yang
berkeronyok dengan bantal golek yang tersadai separa di baliknya.
“Aku
tidak tahu.”
“Shinji,
aku cari di tandas. Dia mungkin ke sana. Dia kerap bangun kencing di waktu
malam.”
“Aku
cari di luar.”
Selang
beberapa ketika, mereka bertemu di muka pintu.
“Bagaimana?”
“Dia
tiada di tandas. Di luar bagaimana?”
“Tiada
di taman zen. Selalunya dia akan berbaring di atas bangku di situ.”
“Shinji,
aku rasa aku tahu dia di mana.”
“Di
mana?”
“Dia
di padang lereng berumput, melalui terowong bawah tanah perpustakaan.”
“Tidak
mungkin. Bukankah bilik unjuran itu diselak Tatsuhiro tadi? Takkan Tatsuhiro
membenarkan dia lepas begitu sahaja?”
“Betul
juga katamu.”
“Sebentar,
aku fikir aku tahu bagaimana dia keluar.” Shinji tiba-tiba mendapat idea.
“Menggunakan
kuda!” Serentak mereka bersuara.
Mereka
memeriksa bangsal kuda. Tiada bukaan mangga. Kuda kecil yang pernah ditunggang
Tsuneki juga kelihatan masih di dalam bangsal, tidur.
Aneh.
“Jika
bukan dengan kuda, aku fikir dia keluar dengan berjalan kaki.”
“Bagaimana?”
“Mengikut
sungai. Lagun itu berpecah kepada lima cabang utama sungai-sungai kecil. Dia
pernah menelusur ke hulu salah satunya ketika sesat dahulu dan kembali ke
sini.”
“Masalahnya
sungai yang mana satu?”
“Sebentar
Ryouji. Apa yang membuatkan kau fikir dia keluar ke tanah berumput itu?”
“Tempoh
hari dia memberitahuku dia bermimpi mendengar suara meminta dia
menyelamatkannya, dari dasar gaung. Ketika mencarimu, kami tiba di lereng di
tepi sebuah gaung. Dia tertidur di situ dan bermimpi demikian.”
“Gaung?”
“Terdapat
gaung besar dan dalam mengelilingi tanah tinggi ini. Aku fikir dia sedang cuba
melakukan perkara bodoh. Aku sudah berpesan agar tidak menghiraukan mimpi itu
namun dia masih berdegil.”
“Tsuneki
bodoh!” Shinji mengambil kesempatan memakinya.
Ryouji
hanya berbisik dalam hati, apa kurangnya kau Shinji. Engkau pun sama bodoh
dengan keluar ke Kawamoto seorang diri.
“Shinji,
engkau ingat dari mana dia naik pada hari itu?”
“Dari
bahagian selatan. Mungkin cuba cabang selatan dahulu sungai itu. Sebentar,
dengan berjalan kakikah?” Shinji menyoal, keengganan.
“Ya.
Amat sukar membawa kuda di tengah malam begini. Shinji, engkau masih boleh
bertahankah? Atau sudah penat?”
“Aku
baik sahaja. Cuaca malam ini pun sejuk, aku kurang berpeluh.” Aku harap
perjalanan ini sekejap sahaja. Aku sudah mengantuk. Tsuneki, aku harap engkau
selamat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan