Kala fajar mulai menyingsing
Tersingkaplah jendela sebuah duka
Alam membisu seribu nada
Hanya deru angin bertandang
Membisik pada kelana
Bahawa di sini segalanya telah MATI
Dunia menjadi kaku
Dedaunan menjadi layu
Serangga kejur kejang
Ribuan mayat dan bangkai terbungkam melata
Mata terjegil, muka membiru, mulut menganga
Tanpa darah, tanpa luka
Enjin dan mesin bergasolin berhenti
Kenderaan kaku termati
Bukan Dia tidak pernah mengingatkan
Dua tahun lampau; isyarat itu keras
Di Monoun; 37 jiwa melayang
Mekanisme disedari, namun tidak tersebar
Kejadian difahami, namun dianggap ANOMALI
Dan ia pasti kan berulang
Kerana manusia itu sesungguhnya pelupa
Kuala Lumpur,
3 September 2026
Tiada ulasan:
Catat Ulasan